Mengejar Pelangi ke.... Mencapai Pelangi...???
Katakan Pada Diri... Bahawa Selagi Ada Kemahuan... Di Situ Ada jalan....
Friday, July 26, 2019
Sunday, April 24, 2011
Kod E pada Makanan....
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Terserahlah pada anda untuk menilai mana yang terbaik untuk menjadi santapan anda sekeluarga. Sukarnya menjauhi syubhah dalam dunia teknologi hari ini.
Sunday, November 28, 2010
Aktiviti BBQ Istimewa Raya Adilfitri dan Resepinya
- Tiga ekor ayam disembelih mengikut Syarak. Daging ayam yang halal itu dicincang 16 bahagian setiap satu. Kemudian bersihkan daging ayam tersebut degan air mutlak dan buang segala organ-organ yang tidak boleh dimakan. Hiris satu persatu bahagian daging ayam yang dicincang itu untuk memudahkan penyerapan dan masakan.
- Serbuk kunyit yang terlah dibuka bungkusannya.
- 4 batang serai yang segar dari ladang kemudian buang bahagian yang tidak diperlukan. Kemudian tumbuk dengan batu lesung.
- 2 sudu ketumbar dan tumbuk sehingga hancur.
- 2 sudu gintan putih dan tumbuk sehingga hancur.
- 4 bawang putih dan tumbuk sehingga hancur.
- 2 sudu garam secukup rasa.
- Potong separuh gula Melaka dan kemudian tumbuk.
- 1 botol sos tiram.
- Segenggam lada kering yang dipotong, kemudian direndam di dalam air panas sehingga lada kering kembang. Lepas itu, ditoskan dan diblend sehingga hancur.
- Semua daging ayam tersebut disapu dengan serbuk kunyit secara satu persatu. Lagi banyak serbuk kunyit lagi bagus kerana untuk meningkatkan rasa.
- Campurkan bahan-bahan dari 3 hingga 9 dan kemudian sapu ke semua daging ayam tersebut.
- Kemudan sapukan bahan terakhir, 10 lada kering ke atas semua daging untuk memberi warna merah kemerahan ke atas daging.
- Selepas semuanya siap digaul perap daging tersebut dalam peti sejuk bahagian pendinginan selama satu hari atau lebih. Ini bertujuan untuk rempah yang disapu tadi dapat menyerap masuk ke dalam daging.
- Kalau nak tambah halia pun boleh untuk menambah rasa.
- Sediakan kayu, arang, kayu, sedikit tiub getah dan ranting kayu. Jangan lupa juga pemetik api atau mancis.
- Sediakan juga tempat untuk membakar daging BBQ.
- Tumbuk serai untuk dijadikan berus minyak.
- Keluarkan daging-daging ayam diperap dari peti sejuk.
- Hidupkan api ke tasa tiub getah dan kemudian letak di kelompok ranting kayu, kemudian sedikit demi sedikit letak kayu untuk manggalakan pembakaran dan akhir sekali letak kayu arang. AMARAN: Jangan sesekali membakar kayu arang dengan minyak tanah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.
- Setalah kayu arang sudah menjadi bara,sapu minyak dengan batang serai yang telah ditumbuk ke atas jaring besi dan letakan daging BBQ tersebut di atas besi berjaring, kemudian sapu minyak ke atas daging BBQ tersebut dengan berus serai.
- Kawal api dengan kipas dan air. Keadaan kayu arang mestilah sentiasa berbara. Setelah masak letak ia diatas dulang.
Friday, November 26, 2010
UTM KL Bakal Ku Tinggalkan
Sunday, August 8, 2010
Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu
Friday, April 23, 2010
Nak buat apa eah cuti sem ni?
Aku dah fikir dalam kepala nak kerja masa cuti ni...
Kerja dah mohon, cuma tunggu panggilan saja...
Tawakal saja sama ada dapat atau tidak dapat...
Tak tahu pula nak isi masa lapang sekarang ni...
Aku dah duduk kolej nie hampir dua minggu...
Nak berbual, melepak dan bermain dengan kawan...
Kebanyakan daripada mereka dah balik kampung....
Rasa sunyi pula mereka sudah balik...
Rasa sunyi pula kolej ni banyak yang dah kosong...
Rasa bosan pula tinggal lama di sini....
Sementara menunggu kerja sementara menanti....
Apa yang boleh buat...?
Selain dari pada nie....
Main Internet... terutamanya facebook
Main game...
Menonton cerita...
Menonton TV...
Melukis...
Tidur...
Dengar lagu...
Berjalan-jalan...
Makan...
Solat...
Membaca...
Kemas bilik...
Huhuhu.... berulang-ulang aku buat pekara ni....
Timbul pula nak buat sesuatu yang baru dalam aktiviti harian...
Tapi tak tau apa?
Orang kata masa tu emas...
Masalahnya sekarang pekara apa yang boleh buat setiap hari tanpa bosan...
Bosan ni membelenggu fikiran ku...
Satu kerja pun susah nak menjadi disebabkan itu...
Payah betul nak mengatasi masalah ni...
Masalah bosan ni ke?
Yang menyebabkan aku malas belajar...
Masalah ni ke?
Yang menyebabkan aku letih.....
Huhuhu.... adakah aku kurang kuat?
Adakah aku ni cepat putus asa...?
Adakah aku ni tak berapa semangat....?
Tak sabar rasanya nak balik kampung...
Tapi aku kena cari duit dulu...
Aku cari duit untuk menampung pengajianku di UTM...
Tak mahulah terlalu menyusahkan mak di kampung...
Tak mahulah terlalu menyusahkan abang yang dah berkeluarga...
Kesian mak sebab dulu dah selalu bagi duit saku kepada aku masa sekolah....
Sampai bila aku nak menyusahkan mak aku?
Nak tak nak aku kena berdikari....
Tak apalah, biar kita rasa susah dahulu....
Kita bersenang-senang kemudian...
Allah tu Maha Adil...
Setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya....
Aku harap dapat lar berbuat sesuatu pekara yang baru...
Untuk isi masa lapang yang ada ni...
Atau...
Buat pekara-pekara yang lazim kita buat...
Tanpa rasa jemu dan bosan....
Tuesday, April 20, 2010
Kenapa NazriBaginda ?
Salam... macam mana aku boleh guna nama URL blog aku nazribaginda..... huhuhu... panjang kisahnya.... tapi aku cuba pendekkan kisah nie.... dulu... aku dapat tawaran untuk uruskan kemasuakn pelajar baru sesi 2009/2010 untuk Minggu Haluan Siswa (MHS).... Sebelum terlibat dengan MHS ni... aku kena pergi krusus khas untuk AJK MHS.... Aku sebenarnya malas.... hehehehe.... tapi dah kena nak wat macam mane...??? Pertama kali aku kena ikut program ikthiar hidup.... kena pula dengan ahli kumpulan yang aku anggap tak kenal... aku kena survive dengan orang2 nie.... biasa lar mula2 tak kenal lama2 jadi kenal.... dengan ada XTVT nie boleh lar aku kenal orang2 nie.... dulu aku buat muka sombong dengan orang nie sekarang tak.... tegur juga akhirnya... Misi kita orang kena pergi Taman Negara dengan mencari duit sendiri.... tak boleh mintak orang... kena kerja... pakai duit sendiri pun tak boleh... tapi kalau boleh tak nak pakai duit sendiri... sampai sebelum 6.00 petang kat sana....
Strategi kumpulan kita orang nie... target kerja kat kedai2 makan.... hahaha.. mula2 nak mintak kerja punya la takut dan segan... dalam kumpulan tu, aku cuba mulakan dulu ... kedai makan mamak.... menggeletar betul badan aku masa nak mintak kerja kat situ.... Kalau benda2 pertama kali aku buat mesti aku menggeletar.... tak tau lar kenapa??? Ada lar juga ahli kumpulan aku nie sokong aku sikit.... pemilik kedai tu pun paham dan setuju sebabnya aku tunjukan surat XTVT UTM tu kat dia... hahaha... aku orang pertama kerja kat situ.... yang lain kena cari tempat lain lar sebab dia nak seorang jer.... Kerja punya kerja dapat lah RM30 ringgit... mamak tu memang baik... sebab aku kerja bukan lah lama sangat... cuma 2 jam jer.... huhuhu
Dalam setengah hari cari duit, kita orang dapat kumpulkan dalan RM90.... nak dapat duit RM100 pun tak sampai.... dah bengung dah masing2... macam mane... duit nie nak beli tiket untuk aku, Afdal, Husni, Zeha, Acap dengan Sofi.... Per seorang baru RM 11 ringgit.... Kalau dah 6 orang RM66... tiket nie baru sampai Temerloh belum lagi tiket nak ke Taman Negara... memang merana lah masa tu... Dalam pukul 11 pagi lebih, kami terus pergi ke Pekeliling.... Husni cuba mintak abang jaga kaunter tiket bas tu bagi tiket percuma... pujuk punya pujuk... abang tu pun tak nak... Pandai juga abang jaga kuanter tu main2.... dia bagi diskaun.... RM6 ringgit.... agak boleh lar... huhuhu... Sampai jer setesen bas kat Temerloh, kita orang pergi lar check point yang diarahkan... berlari sana... berlari sini.... penat betul....
Aku tak cerita lar macam mane kumpulan aku boleh sampai kat Taman Negara.... Aku skip babak nie... terus jer kumpulan aku sampai kat Taman Negara... kami sampai dalam nak dekat pukul 10 malam macam tu kot... tak berapa ingat lar... aku ingat per jalan dari Temerloh ke Taman negara memang jauh... letih betul aku dibuatnya... Lepas makan sembahyang isyak.... kami kena berkumpul di dewan di resort tu untuk pembentangan laporan setiap kumpulan.... mas tu lar aku kena bahan.... aku satu kumpulan nie... dia orang kena cari sejarah pasal satu Muzuim... dulu muzuim tu adalah istana Sultan.... Si Florence nie panggil Sultan nie Beliau.... Aku terus lar tegur.... " Arrrh.... Maafkan saya... Untuk raja kita tak boleh sebut Beliau... kita kena sebut Baginda...."... macam tu lar aku tegur si Florence nie.... Pegawai HEP aku, En. Sharil pun tambah markah kat kumpulan aku dan dia kata kat kumpulan aku" bagus2"... bangganya aku masa tu.... macam hero lak...
Semua XTVT macam jungle traking, makan, tidur, lepak, tengok TV dibuat pada waktu pagi.... aku rasa ikut pergi Taman Negara lebih banyak tidur daripada buat XTVT... huhuhu... Petang dalam kul 3 macam tu kami kena turun pergi ke lobi utama resort untuk taklimat pinball.... wah nie buat aku seronok nie.... dah dua kali aku main benda kali nie.... adalah pengendali atau pemain yang pakar pasal pinball nie... Lepas jer dengar taklimat dia orang, kami kena berkumpul dalam kumpulan masing2.... En. Sharil suruh aku buat ape eah??? tak ingatlar aku..... Sejak aku tegur pasal perkataan Baginda tu.... Perrhh... aku kena bahan dengan En. Sharil kau2... lepas orang lain pun panggil aku baginda... lepas tu, dikaitkan lak dengan Razak Baginda... dengan Nazri Baginda.... sejak hari tu, kawan2 aku nie, panggil aku Baginda.... hahaha... benda tak aku mintak tapi dapat... pada aku ok juga untuk nama samaran.... tapi aku tak komersialkan jer... hehehehe.... Pinball kat Taman Negara nie peraturannya tak ketat.... lepas tu main kat kawasan kebun getah lak... macam perang dalam hutan lak.... aku kumpulan pertama kena lawan dengan kumpulan lain.... badan aku tak pasal2 menggigil... strategi tak ada... fuhhh... dengan kumpulan tak tau apa2.... awal2 dah kalah.... awal2 aku dah kena tembak... kumpulan aku awal dah keluar... nasib2... tak puas lak rasanya... tapi nak wat macam mane....
Kawan2 aku yang ikut pergi ke Taman Negara nie kebanyakannya adalah Presiden2 persatuan.... aku pun ada jawatan dalam persatuan aku.... sejak tu juga ada segelintir daripada mereka panggil aku Baginda.... Ada yang panggil aku Nazri Baginda.... Masa aku jadi AJK MHS, aku pegang post kesihatan.... Aku kena lar jaga budak2 tahun 1 yang baru masuk nie.... kena jaga status kesihatan dia orang.... Lepas tu, AJK2 nie panggil aku Doktor Baginda... macam2 lar dia orang.... tapi memang seronok kerja satu pasukan dengan Presiden2 dengan AJK MHS nie..... ada kenang manis dari dia orang.... dah tau payel masing2... memang tak boleh belah lar dengan dia orang.... masa pi Sabah pun sama jer.... Habis dah cerita pasal Baginda nie.... itu lah ceritanya kalau nak tahu...