Sunday, August 8, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu



Percaya atau tak, aku dah sampai kepuncak gunung Kinabalu tahun lalu. Pengalaman ini boleh dikira paling manis aku pernah lalui. Di bawah Program USR @ Sabah ketika itu, kami berpeluang untuk mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersebut. Kebanyakkan daripada kami adalah presiden-presiden persatuan, MPP dah juga lain-lain. Boleh dikatakan semua daripada kami adalah AJK MHS 2009/2010 yang sekarang ini dah tukar MTM. Pegawai daripada HEP UTM IC pun turut serta dalam pendakian ini.
Bergambar bersama keluarga angkat
Bergambar di Kinabalu Park

Pada tarikh 6 Disember 2009, kami bertolak pukul 10.00 pagi lebih dari Kampung Berangkok yang terletak di pekan Befourt , Daerah Kuala Penyu ,terus ke Kundasang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk ke sana. Sampai sahaja di tempat kawasan Resort Kinabalu Park. Kami turun dari bas mini Bomba, kami terpegun dengan keindahan alam semulajadi di sini. Udaranya yang segar, suhu yang sungguh sejuk menjadikan kami terasa berada di tempat negara empat musim. Boleh dikatakan bila bercakap sahaja, ada kabus yang seolah-olah keluar dari mulut. Suhu di kawasan tersebut agak sejuk kerana kawasan resort tersebut berada di kawasan tanah tinggi. Tidak mustahillah ia berada pada suhu tersebut serta kawasan hutan hijau yang masih terpelihara. Gunung Kinabalu sentiasa menjadi daya tarikan para pelancong dalam dan luar negara mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Setelah mendapat kunci bilik masing-masing, kami terus bergerak menuju tempat penginapan dan check up . Lepas itu, petang pergi jalan-jalan cari makan di Kundasang , pergi sembahyang jamak dan melawat air panas. Malamnya pula, sambut Hari Lahir En. Sharil, dengar taklimat lepas itu pekena En. Sharil dengan tepung sehingga putih melepak dan keesokan harinya kami check out dari resort.
sembahyang jamak di masjid ini

melawat kolam air panas
mendengar taklimat daripada En. Sharil
Pada tarikh 7 Disember 2009, misi utama untuk menawan Gunung Kinabalu menjadi idaman pada para presiden-pesiden ini. Semangat menjadi semakin membara untuk menawan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu dan juga menjulang lambang UTM baru di puncak nanti . Lebih kurang pukul 9.00 pagi, semua para pendaki telah mengambil kesempatan bergambar di pintu pagar Timpohan. Ekspedisi pun bermula untuk pendakian fasa pertama selepas sesi bergambar dengan ditemani oleh guided kumpulan masing-masing. Dalam hati aku berkata “Betul ker hari ni aku daki Gunung Kinabalu” “Kalau boleh aku nak cepat sampai kat Laban Rata nanti”. Aku terus bergerak meninggalkan kumpulan sedang bergambar sahaja. Kepenatan pun mula terasa selepas melepasi 500m pertama. Boleh tahan jugak cabaran untuk mendaki ini. Pada kilometer keberapa, aku tidak ingat, hujang pun mula turun. Keadaan tersebut menjadikan pendakian lebih mencabar kerana hujan menjadikan keadaan lebih sejuk. Pada masa ini, aku mendaki bersama Shafeek, Kak Shida dan Ain. Aku kesian betul tengok kak Shida dengan Ain ini sebab cepat betul mereka penat. Maklumlah mereka ini perempuan. Walaupun begitu, aku dengan Shafeek membantu mereka dengan membawa bawa barangan yang dibawa oleh mereka. Jadi kuranglahbeban yang dibawa oleh mereka.
Bergambar di depan Pintu Pagar Timpohan
Pada jarak berapa meter... yer nie... ada air terjun
Mereka nie asyik bergambar saja.... tu yang lambat sampai... hehehe
Kami terusakan pendakian dan melepasi satu persatu petunjuk aras dan kilometer sehingga tiba ke 3.5 km. Di situ kami berehat sebentar, sebelum kami sampai pada aras ini kami juga ada berhenti di beberapa shelter yang disediakan. Kita sedang berehat, ada haiwan yang meyerupai seperti tupail datang menghampiri kami ketika kami sedang menikmati sedikit coklat. Haiwan ini akan jinak dan mesra jika kita memberi makan kepada mereka. Ini boleh dikatakan pengalaman yang menyeronokan juga. Selepas itu, kami meneruskan ekspedisi. Pada 4 km lebih kami mula berpisah, aku dan Shafeek mula bergerak lebih pantas meninggalkan Kak Shida dan Ain. Kesian juga tinggal mereka berdua ini tapi tidak apa kerana mereka ditemani oleh seorang guided. Ketika hendak menghampiri 4.5 km berikutnya, Faris mula merapatkan jurang dengan kami. Boleh tahan juga stamina dia ini. Dari belakang boleh kejar kami di depan. Kami teruskan pendakian bersama-sama sehinggalah ke Laban Rata.
Aku dah nak menghampiri Laban Rata... hahaha
Shafeek posing baik masa nie
“Fuhh… Sejuk giler” itulah yang aku ungkapakan setelah sampai di Laban Rata Resort pada 6km. Mana tidaknya sepanjang pendakian berhujan sahaja. Memanglah badan terasa sangat sejuk. Sampai tangan pun terasa kaku dan kebas untuk digerakkan. Pakai berlapis pun rasa sejuk masih terasa. Tapi amat gembira dapat sampai ke Laban Rata walau pun agak terlewat dari jangkaan yang sepatutnya sampai ke aras pukul 12 tengahari. Sebelum kami bertiga sampai, sudah ada beberapa orang sampai. Kami antara orang terawal juga sampai di Laban Rata. Dari resort Laban Rata, tersergam indah lereng Gunung Kinabalu dengan air terjun yang mencurah-curah turun ke bawah. Begitu besarnya ciptaan Allah S.W.T ini. Selepas rakan-rakan lain sampai, pegawai-pegawai dari HEP sampai, kami terus makan tengahari dan check up di Gunting Lagadan. Pukul 7 malam selepas maghrib kami terus tidur kerana pukul 2 pagi akan menyambung pendakian.
Pemandangan gunung ketika hujan
Sejuk... memang badan menggigil masa nie....
Allah Maha Besar.... Aku rasa kagum dengan ciptaan Allah ini
Pada 8 Disember 2009, pukul 1.00 pagi, kami telah bangung awal untuk membuat persiapan untuk pendakian fasa yang kedua. Untuk mendaki pada aras tertinggi ini, semua aspek perlu diambil kira dari segi kesihatan, rohani, fizikal dan mental, dan juga cara pemakaian untuk menahan suhu sejuk di atas puncak nanti. Dari segi aspek keselamatan adalah perkara yang amat penting yang dititik beratkan dalam pendakaian. Sebelum memulakan pendakian fasa kedua, Ketua Keselamatan UTM, En. Faizal telah memberi sedikit taklimat seterunya menjadi ketua untuk pemanas badan para pendaki ini supaya tidak menghadapi kekejangan semasa pendakian. Pada pukul 2.00 pagi lebih, para pendaki dilepaskan satu-persatu mengikut kumpulan dan dikuti dengan guided yang bertugas. Pendakian ini pun dikira mencabar kerana mendaki dalam keadaan gelap ditambah lagi masih berada di dalam hutan. Walaupun begitu setiap pendaki telah menggunakan head light untuk menyuluh keadaan gelap tersebut. Pada ketika ini aku bersama, Shafeek, Ain, Kaze, Zeha, Husni, Kak Shida, Aimi Omar, Amir, Mirul dan guided Petrus bernama . Aku kesian betul pada siapa yang guna head light HEP. Baru sahaja berapa meter perjalanan, lampu mereka sudah malap. Kenalah tolong suluhkan. Kalau tidak suluh takut pula meraka yang perempuan ini. Hehehe
Fitri, Afdhal, Mirul dan aku bersiap sedia untuk meneruskan pendakian fasa kedua
Selepas melepasi hutan pada 6.5km lebih, kami telah memanjat permukaan berbatu. Pada tahap ini permukaan buminya berbatu dan tidak ada tumbuhan selain rumput kecil sahaja. Mamanjat permukaan berbatu pada sudut antara 60 ke 80 darjah ini antara cabaran yang perlu ditempuhi. Pada ketika ini, adalah terang bulan. Tidak pakai head light pun tidak apa kerana dapat melihat laluan pendakian. Lalunnya juga telah disediakan tali untuk mendaki. Aku, Shafeek dan Ain mula bergerak lebih pantas meninggalkan kumpulan terakhir untuk mengejar kumpulan yang berada di hadapan. Kami bertiga ketika itu dapat mengejar kumpulan di hadapan . Kami bersama Awie, Haq, Akmal, Aimi, Farah dan Fitri pada 6.8km lebih bergerak untuk menghampiri Sayat-Sayat Post. Sampai sahaja Sayat-Sayat Post, guided yang menjaga post tersebut meminta kami untuk menunjukkan kad untuk direkod kepada sesiapa yang sudah melepasi aras yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke kilometer berikutnya.
keadaan permukaan di atas gunung (gambar masa turun)
kecuraman yang berada dalam 30 darjah... macam padang jarak padang tekukur (gambar masa turun)
Kalau ada nampak rumah kecil tu... tu lar dia... Sayat-sayat post (gambar masa turun)
Pada awal pendakaian pada permukaan berbatu ini keadaannya adalah cukup curam. Selepas beberapa kilometer permukaan curam sebantak 30 darjah lebih. Waalaupun tidak terlalu curam untuk didaki, ia memang meletihkan kerana begerak ke atas melawan graviti bumi dan ditambah lagi dengan tekanan udara yang semakin kurang. Ini menyebabkan pernafasan kita semakin cepat kerana memerlukan banyak oksigen untuk bernafas. Semakin banyak bergerak, semakin banyak oksigen yang diperlukan. Ketika dalam perjalanan ke 8 km, aku terkejut, Kaze boleh kejar kami dari belakang. Aku ketika itu, badan rasa sudah tidak larat. Sekejap-sekejap berhenti. Tapi aku agak kagum sedikit dengan stamina mat-mat salleh ini. Dengan pakai baju T-Shirt sahaja dan seluar pendek, mereka boleh potong kami pula. Aku fikir “Diorang nie tak rasa sejuk ke?” “Orang tengah sejuk giler, diorang selamber jer pakai macam tu”. Memang masa ini, tahap kesabaran diperlukan untuk sampai ke 8 km. Dalam otak aku dah fikir “Bila nak sampai nie?” tapi hati aku berkata “Jangan terlalu fikir nak sampai, buat seolah-olah kita berjalan tiada penghujungnnya” aku yakinkan diri aku supaya aku boleh sampai ke puncak nanti. Kami berjalan dan terus berjalan walaupun setiap kali berhenti berehat. Bekalan air dan coklat sahaja yang kami jamah untuk membekalkan tenaga kepada kami. Tenaga amat diperlukan pada tahap ini. Semasa aku berhenti berehat, aku capailah coklat Chebry aku di poket. Apabila digigit “ Mak oi… Keras giler coklat nie… Macam batu”. Aku baru sedar memang pada aras ini suhu amat sejuk. Kami teruskan perjalanan hingga ke 8 km.
hahaha.... nie lar dia.... 8km (gambar masa turun)
Pada 8 km “Tu macam Sofi dengan Ros… jer” kata aku pada Kaze . Hebat juga mereka. Badan kurus kering dan kecil dapat berjalan sejauh itu. Tapi akhirnya kami dapat kejar mereka juga. Kami teruskan perjalanan bersama-sama dengan mereka. Pada jarak lebih kurang 500m kami dapat perhatikan puncak Low Peak kerana ada di kalangan pendaki kami sudah sampai di puncak. Mereka yang terawal sampai di puncak adalah En. Faizal, Khairi, Iman, Aiman, Rade, Raja dan Afdhal dan mereka sampai di Low Peak pada pukul 4.00 pagi. Agaknya merekalah yang bermain-main lampu suluh dipuncak tersebut sebab kami dapat perhatikan dari bawah. Degan rasa tercabar, kami terus mendaki dan mendaki tidak kira apa jua berlaku ke atas kami. Tapi kalau dah penat pun kena berhenti juga untuk kumpul balik tenaga. Sebenarnya pada pukul 4.00 pagi di Sabah, waktu Subuh sudah masuk. Kami mendaki sehingga jam kami menunjukan pukul 5.20 pagi. Kami membuat keputusan berhenti di suatu tempat yang rata untuk menunaikan solat Subuh. Bagi aku ini pengalaman pertama sembahyang di atas batu kaki lereng puncak gunung. Menunaikan solat merupakan satu kewajipan yang harus dilakukan orang yang bergelar muslim dimana ia berada. Selepas sahaja aku menunaikan solat, aku teruskan pendakian. Ketika menghampiri puncak, kecurunan puncak tersebut boleh dikatakan berada pada sudut 50 darjah dan untuk naik ke atas haruslah meggunakan tali yang disediakan.
Tali amat diperlukan dalam situasi begini... hehehe (gambar masa turun)
Tepat sahaja pukul 6.00 pagi bersamaan pukul 7.00 pagi di semenanjung, merupakan detik bersejarah bagi aku. Akhirnya aku dapat berdiri di puncak Gunung Kinabalu dengan jayanya selepas mengharungi pelbagai halangan. Kawan-kawan aku bersama aku tadi sampai juga di puncak Gunung Kinabalu ini. Alhamdulilah, keadaan cuaca begitu mengizinkan, sehingga pancaran matahari yang terbit menerangi puncak gunung Kinabalu. Pemandangan di puncak gunung memang begitu cantik dan mempersona mata memandang. Aku tidak pernah melihat awan-awan berada di bawah puncak gunung. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah S.W.T ini. Untuk kenang-kenangan kami telah mengambil beberapa keping gambar. Misi untuk menawan puncak Gunung Kinabalu akhirnya menjadi keyataan dan kami juga dapat menjualang nama UTM di puncak ini. Syabas kepada mereka yang berjaya berada di Low Peak ketika itu. Rasa berbaloi kepenatan mendaki gunung ini. Aku sebenarnya tidak sentuh signboard Low Peak masa tu sebab aku tak tahu. Kalau aku tahu sudah lama aku sentuh dan bergambar. Ketika itu, ramai betul orang di atas puncak. Sudah sahaja puas berada di atas puncak, kami turun ke bawah untuk member laluan kepada orang lain untuk berada di atas puncak. Pada hari yang sama, kami meneruskan perjalanan pulang sehinggalah ke pintu pagar Timpohan tanpa menginap di Gunting Lagadan.
Keadaan di atas puncak ketika matahari terbit....
Bendera Rebranding UTM dijulang di puncak Gunung Kinabalu.... bangga... bangg...
Ekspedisi berjaya setelah menawan puncak Gunung Kinabalu... semua orang gembira

No comments:

Post a Comment