Friday, April 23, 2010

Nak buat apa eah cuti sem ni?

Wah... peperiksaa akhir semesta dah habis lama dah...
Aku dah fikir dalam kepala nak kerja masa cuti ni...
Kerja dah mohon, cuma tunggu panggilan saja...
Tawakal saja sama ada dapat atau tidak dapat...
Tak tahu pula nak isi masa lapang sekarang ni...
Aku dah duduk kolej nie hampir dua minggu...
Nak berbual, melepak dan bermain dengan kawan...
Kebanyakan daripada mereka dah balik kampung....
Rasa sunyi pula mereka sudah balik...
Rasa sunyi pula kolej ni banyak yang dah kosong...
Rasa bosan pula tinggal lama di sini....

Sementara menunggu kerja sementara menanti....
Apa yang boleh buat...?
Selain dari pada nie....
Main Internet... terutamanya facebook
Main game...
Menonton cerita...
Menonton TV...
Melukis...
Tidur...
Dengar lagu...
Berjalan-jalan...
Makan...
Solat...
Membaca...
Kemas bilik...
Huhuhu.... berulang-ulang aku buat pekara ni....
Timbul pula nak buat sesuatu yang baru dalam aktiviti harian...
Tapi tak tau apa?

Orang kata masa tu emas...
Masalahnya sekarang pekara apa yang boleh buat setiap hari tanpa bosan...
Bosan ni membelenggu fikiran ku...
Satu kerja pun susah nak menjadi disebabkan itu...
Payah betul nak mengatasi masalah ni...
Masalah bosan ni ke?
Yang menyebabkan aku malas belajar...
Masalah ni ke?
Yang menyebabkan aku letih.....
Huhuhu.... adakah aku kurang kuat?
Adakah aku ni cepat putus asa...?
Adakah aku ni tak berapa semangat....?

Tak sabar rasanya nak balik kampung...
Tapi aku kena cari duit dulu...
Aku cari duit untuk menampung pengajianku di UTM...
Tak mahulah terlalu menyusahkan mak di kampung...
Tak mahulah terlalu menyusahkan abang yang dah berkeluarga...
Kesian mak sebab dulu dah selalu bagi duit saku kepada aku masa sekolah....
Sampai bila aku nak menyusahkan mak aku?
Nak tak nak aku kena berdikari....
Tak apalah, biar kita rasa susah dahulu....
Kita bersenang-senang kemudian...
Allah tu Maha Adil...
Setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya....


Aku harap dapat lar berbuat sesuatu pekara yang baru...
Untuk isi masa lapang yang ada ni...
Atau...
Buat pekara-pekara yang lazim kita buat...
Tanpa rasa jemu dan bosan....

No comments:

Post a Comment