Friday, November 26, 2010

UTM KL Bakal Ku Tinggalkan



Tamatlah sudah pengajian aku di UTM KL untuk peringkat Diploma… Dulu... Aku rasa nak sahaja cepat habis belajar di UTM KL nie… Maklumlah, kawan-kawan yang sama bath dengan aku dulu semua dah kat UTM Skudai… aku pula kena tunggu satu sem lagi untuk habis sebab aku extend… Tapi sekarang tak sangka… Cepat betul masa berlalu…. Semalam 26 November 2010 adalah peperiksaan terakhir ku di UTM KL….
Ini lah Kolej Kediaman Siswa Jaya tempat tinggal aku sepanjang pengajian diploma di UTM KL
Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ).... Tempat aku lepak, belajar, tidur, main internet, pinjam buku dan tempat aku mesyuarat serta berbincang... PSZ KL dalam memori

Bila masa pula Nabil Shooting nie... Dalam cerita Mengait Bintang @ UTM KL... Banyak juga produksi buat shooting kat UTM KL nie... Cuma aku tak join jer...

Dewan Besar UTM KL... Kat sini lah tempat segala macam aktivit dan tempat aku periksa tiap-tiap sem...

Aku sempat merasa sembahyang di masjid baru UTM KL ini... Memang cantik dan selesa...

Bukan main nak merdeka ketika itu…. Alhamdulilah…. Allah permudahkan jalan aku untuk menjawab kertas terakhir aku selama aku menuntut di UTM…. Tapi terasa sayu lepas menjawab kertas peperiksaan tersebut… Lagi buat aku sayu, kawan aku Radin… Dia juga ambil periksa sama dengan aku… lepas sahaja sembahyang Jumaat, dia balik ke JB… bertambahlah lagi sayu aku… malamnya pula aku terasa bosan tak tau nak buat apa…. Sebelum aku tinggalkan UTM ini mungkin aku akan kerja separuh masa dulu di KL… Lepas sahaja aku habis kerja masa tersebut… mungkin aku kerja masa di tempat aku, di Batu Pahat… sementara menunggu permohonan kemasukan Ijazah… Insyallah, kalau ada rezeki aku nak sambung buat Ijazah di UTM Skudai pula….
Tunggu UTM Skudai!!!! Aku akan datang kepada kamu….
UTM Skudai dalam cita-cita aku... Insyallah ada rezeki aku akan sambung sini

1 comment: