Sunday, November 28, 2010

Aktiviti BBQ Istimewa Raya Adilfitri dan Resepinya


Sudah lama niat aku hendak post tentang aktiviti istimewa kami ketika berhari Raya sepanjang cuti raya di kampung tercinta pada bulan lalu… hahaha… Baru hari ini hendak menulis sedikit tentang aktiviti ini… Apa yang istimewanya di sini aku akan dedahkan Resepi BBQ Special Raya atas ciptaan bersama…. Sebelum kami adakan aktiviti ini… aku dah buat kertas kerja dan aku tag kertas kerja itu di Faceboook….
AJK yang dilantik sebelum XTVT

Semua AJK yang dilantik berkumpul di rumah aku.... Aku sebagai pengarah program masa itu...

Ini resepi BBQ kami hari itu:

  1. Tiga ekor ayam disembelih mengikut Syarak. Daging ayam yang halal itu dicincang 16 bahagian setiap satu. Kemudian bersihkan daging ayam tersebut degan air mutlak dan buang segala organ-organ yang tidak boleh dimakan. Hiris satu persatu bahagian daging ayam yang dicincang itu untuk memudahkan penyerapan dan masakan.
  2. Serbuk kunyit yang terlah dibuka bungkusannya.
  3. 4 batang serai yang segar dari ladang kemudian buang bahagian yang tidak diperlukan. Kemudian tumbuk dengan batu lesung.
  4. 2 sudu ketumbar dan tumbuk sehingga hancur.
  5. 2 sudu gintan putih dan tumbuk sehingga hancur.
  6. 4 bawang putih dan tumbuk sehingga hancur.
  7. 2 sudu garam secukup rasa.
  8. Potong separuh gula Melaka dan kemudian tumbuk.
  9. 1 botol sos tiram.
  10. Segenggam lada kering yang dipotong, kemudian direndam di dalam air panas sehingga lada kering kembang. Lepas itu, ditoskan dan diblend sehingga hancur.


Semua orang tunggu untuk makan... yang memasak berapa orang sahaja....

Kaedah untuk penyediaan daging ayam BBQ:
  1. Semua daging ayam tersebut disapu dengan serbuk kunyit secara satu persatu. Lagi banyak serbuk kunyit lagi bagus kerana untuk meningkatkan rasa.
  2. Campurkan bahan-bahan dari 3 hingga 9 dan kemudian sapu ke semua daging ayam tersebut.
  3. Kemudan sapukan bahan terakhir, 10 lada kering ke atas semua daging untuk memberi warna merah kemerahan ke atas daging.
  4. Selepas semuanya siap digaul perap daging tersebut dalam peti sejuk bahagian pendinginan selama satu hari atau lebih. Ini bertujuan untuk rempah yang disapu tadi dapat menyerap masuk ke dalam daging.
  5. Kalau nak tambah halia pun boleh untuk menambah rasa.

Cara memasak daging BBQ:

  1. Sediakan kayu, arang, kayu, sedikit tiub getah dan ranting kayu. Jangan lupa juga pemetik api atau mancis.
  2. Sediakan juga tempat untuk membakar daging BBQ.
  3. Tumbuk serai untuk dijadikan berus minyak.
  4. Keluarkan daging-daging ayam diperap dari peti sejuk.
  5. Hidupkan api ke tasa tiub getah dan kemudian letak di kelompok ranting kayu, kemudian sedikit demi sedikit letak kayu untuk manggalakan pembakaran dan akhir sekali letak kayu arang. AMARAN: Jangan sesekali membakar kayu arang dengan minyak tanah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.
  6. Setalah kayu arang sudah menjadi bara,sapu minyak dengan batang serai yang telah ditumbuk ke atas jaring besi dan letakan daging BBQ tersebut di atas besi berjaring, kemudian sapu minyak ke atas daging BBQ tersebut dengan berus serai.
  7. Kawal api dengan kipas dan air. Keadaan kayu arang mestilah sentiasa berbara. Setelah masak letak ia diatas dulang.



Setelah semuanya selesai memasak, kami kumpul beramai-ramai menikmati BBQ ini dengan penuh selera. Perhhh… rasa sedapnya tidak terkata…. Sampai menjilat jari… Sesapa nak cuba resepi ini boleh sahaja... Selamat mencuba....

Semua orang dapat merasa Special BBQ Raya...

Terlaksanalah sudah XTVT Special BBQ Raya yang sudah dirancang lama.... Ucapan terima kasih kepada AJK yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung....

Gambar: Ikhsan daripada Facebook Ju Ina dan Ustazah Akmam....

2 comments:

  1. rindu eah kat bbq buatan aku nie eah... nie ada resepinya... tinggal buat jer...

    ReplyDelete